Friday, December 4, 2009

Kapilla'Merindu Tanpa Kata'





Dikaulah yang ku sayang
Dikaulah yang ku rindu
Segenap ruangku terbayang
Wajahmu di ingatan

Harumnya harum cinta
Semadi dalam jiwa
Mengapa aku yang terasa
Merindu tanpa kata

Ku puja bunga larangan
Kuntum-kuntum yang berseri
Kelopak gugurnya berderai
Sungguh ku pilu
Pilu di hati
Cintaku semai sudah berbunga
Takku miliki

Sampai hati engkau khianati
Rasa cinta berubah dusta
Tak sedikit kau rasa berdosa
Sedangkan ku pedih luka
Dihiris sembilu bisa
Katamu ku hanya
Teman biasa

Wednesday, November 25, 2009

May 'Cintamu Mekar Dihati'




Kau umpama bunga
yang mekar di hatiku
Ku harap kau mekarlah
selama-lamanya

Kau umpama bintang
menyinari hidupku
Ku harap kau
terus bersinar

Di ketika kau
Perlukan aku
Sentiasa aku
Ada di sisimu
Di ketika
Rindu padamu
Terasa cinta
Semakin dalam

Sayang
Kasihku abadi
Cintamu mekar
Di hati ini

Kau dalam ingatan
Di sepanjang hayatku
Demi teguhnya cinta
Selama-lamanya

May 'Dalam Kembara'




Dalam Kembara

Di alunan ini
Ku luahkan keresahan
Untuk menempuhi
Liku liku dunia

Berdebar hatiku
Meneruskan langkah ini
Di manakah arah
Harus kutujui

Sepanjang jalan
Penuh kesulitan
Apakah diriku
Akan berjaya

Hanya pegangan
Sebagai cahaya
Untuk menyuluh
Di lorong gelita

Oh Tuhan berikanlah semangat
Untuk aku terus berdiri
Agar dapatku meneruskan langkah ini
Dan mencari
Kebenaran

Selagi riwayat
Belum berakhir
Takkan ku henti
Perjalanan ini

Friday, May 8, 2009

May 'Ku Dalam Dilema'





Dikala sepi keseorangan
Wajahmu kerap bermain dimata ku
Perasaan ku kian bergelora
Kerinduan panas membakar

Dihati kecilku tersirat pertanyaan
Apa kau mengerti maksud hatiku
Apakah kau jua sepertiku
Saling cinta diantara kita haa…
c /o
Masih ku sangsi akan cintamu
Walau kita saling bersua dan bermesra
Pernah kau lafaz akan janjimu
Bagiku masih dalam kesamaran

Andai kau mengerti isi hatiku
Terangilah kesamaran ini..
ulang c / o
Comments (0)
MayAugust 23, 2005 4:56 pm

May 'Gadis Bertudung Putih'




Wajah seri yang memukau
Pesona kau dipandang
Tersenyum dan terkhayal sejenak
Matamu gemilang
Bagaikan ada syurga
Di dalamnya

Aku ingin bersama
Memilik sebuah kota
Bersamamu aku diyakinkan
Ku berada di tengah-tengah
Persimpangan tak ke mana

Bawalah ku pergi
Ke mana saja
Bawalah ku lari
Dari sengsara
Manalah berhenti
Di situ terhenti
Mana kembara terselit kita

Capai tanganku
Kita berganding berdua
Genggam tanganku kita nyanyikan
Lagu yang seirama

Tuesday, May 5, 2009

Slam 'Nur kasih'




Bukan aku tak cinta
Kepada mu semakin kurela
Kau lah satu di dunia
Tapi kau tak mengerti
Getaran rasa hati ini
Masih ada kucari

Kau anggap aku berseloka
Dan asyik dalam misteri
Mencari Nur dan kasih Nya pasti
Akhirnya engkau curiga
Katamu aku berdusta
Memperduakan cinta

1
Mentari di tangan bulan
Kau serah di genggaman
Tak kuhirau karna Dia
Relalah aku korban
Andainya satu hukuman
Kau tinggal diriku
Tanpa satu pengertian

2
Dan sebenarnya cinta kita
Hanya cinta sementara
Kan hilang jua dibawa arus pawarna
Cinta pada kuterpandang
Kan pudar nafas hilang
Hanya ia menanti ku di Azali yang suci
Mengertilah kau sayang
Kau harus rasakan ke alam tanpa mati
Dan kita seabadi
Dan akhirnya engkau kucup oh tangan ku

( ulang 1, 2 )

Marilah ku bisikkan keramat kasih ini
Biar menjadi nadi
Rahsiakan kalimah ku
Hingga ia menjadi tanda
Hidup mati bersama
Hidup mati bersama

Slam 'Gerimis Mengundang'




Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan

Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman

( korus )
Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan

Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan

( ulang dari korus )

Sia-sia kukorban selama ini
Jika kasihku, jika hatiku
Kau guris oh oh oh...
Dalam tak sedar ku menangis

Sofea ' Bunga Ku Kerinduan'




Terasa sunyi malam ini
Menusuk menikam kalbu
Entah kapan bilakah lagi
Kitakan bersua bermadu cinta
Yang telah lama hilang

Masih ingatkah dikau lagi
Semasa kita bersama dulu
Belaian lembut jejarimu
Sering membuatku di ingatan
Tak mungkin dapat kulupa

Hingga kini hari berganti
Musim berlalu kau kurindu
Tak tertahan rasa kecewa
Kau bungaku ku kerinduan

Terasa sunyi malam ini
Menusuk menikam kalbu
Belaian lembut jejarimu
Sering membuatku di ingatan
Tak mungkin dapat ku lupa

Sofea 'Suratan Perpisahan'




Malam aku
Ditemani kesepian
Termanggu daku
Diselimut kedingginan
Alam ku rasa sepi
Tak bermaya
Beginikah suratan
Perpisahan

( korus )
Bagaimana
Mungkin dapat kulupakan
Detik kebahagian bersamamu
Dalam dakapan manja
Kau bisikan
Ini erti pengorbanan
Percintaan

( 1 )
Jemunya aku
Pada maya
Yang memisahkan
Secebis rasa kasih
Kita berdua...
Kita berdua...
Oh...

( ulang 1 )

Sofea ' Bunga Padang Pasir'




Kau mekar di hatiku umpama
Sekuntum bunga di padang pasir
Kau adalah musafir dahaga
Seteguk kehausan cintaku

Di dataran kering kontang
Tanpa ada penghuni asing
Namun kau bunga ku
Subur mekar dijambangan

Kini kau merayuku dahagakan
Seteguk air bagai musafir
Di padang pasir

Hanya cintaku
Pelepas dahagamu
Terdengar mesra rintihan
Menjerit dalam kehausan

Sejati 'Bila Bunga Dipetik Orang'




Sunyi di hati ku
Bila bunga di petik orang di taman
Walaupun ku jaga dan ku siram
Ku jaga kembangnya

Sang kumbang merana
Tiada bunga
Bungaya tiada dua
Moga ia kembali ke asalnya
Yang masih menanti

Tiada ku lupa kemesraan, kejujuran itu
Tapi mengapakah kau berubah
Tak seperti dulu
Aku tersiksa diri merana
Kerana dikau wahai bungaku
Lupakan dia kekasih baru
Yang kau tak kenal isi hatinya
Aku mengharapkan kembalilah
Wahai kau bunga jangan pergi

Ku tetap menunggu merinduimu
Walaupun di balik awan
Jangan rosakkan hati ini
Yang suci abadi

Scoin ' Hanya Kau Kekasih'




Bukan dia yang ku cinta
Bukan dia yang ku sayang
Tak pernah mencuba
Cintaku padanya

Hanya engkau yang ku cinta
Hanya engkau yang ku sayang
Tak pernah ku berdusta
Bercinta denganmu
Selama ini

( korus )
Andai kau tahu
Isi hatiku
Betapa ku sayang
Sayang padamu
Seluas-luas lautan

Engkau umpama sebutir bintang
Yang ku puja antara bintang
Yang berjuta kau bersinar
Hiaskan cinta di hati kita
Seharum mawar biar bermusim
Tetap abadi cinta kita

Bukan dia yang ku cinta
Hanya engkau yang bertahta
Di hatiku

Scoin 'Rindu Rinduan Jadi Kenang Kenangan'




Sakit hati ini
Bagai dihiris sembilu
Sesak nafas ini
Bila ku mendapat tahu
Kasih yang diberi tak beharga

( 1 )
Sayang
Kau bermain dengan silang kata
Hingga aku
Benar benar telah jatuh cinta

Sayang
Sesungguhnya aku tak menduga
Engkau insan
Yang tak boleh ku percaya

Rindu rinduan jadi kenang kenangan
Insan tersayang kini milik orang
Kasih dan sayang jadi benci dan dendam
Dimanakah setiamu
Dimanakah rindumu

Aku kau panggil sayang
Dia kau panggil sayang
Mana satu mahumu

Kau berikan ku rindu
Kau berikannya cinta
Oh, ku tak tahu

Tergamaknya dirimu
Meracuni jiwaku
Dalan senyuman
Selamat tinggal sayang
Aku mengundur diri

( ulang dari 1 )

Aku kau panggil sayang
Dia kau panggil sayang
Mana satu mahumu

Kau berikan ku rindu
Kau berikannya cinta
Oh, ku tak tahu

Tergamaknya dirimu
Meracuni jiwaku
Dalan senyuman
Selamat tinggal sayang
Aku mengundur diri (fade)

Scoin ' Ku Menangis Kehilangan Mu'




Setelah sekian lama
Memendam cinta dihati
Berkasih indah kurasa
Merindu orang di sayang

Tak sangka hatiku diluka
Sewaktu kasihku berbunga
Engkau pergi tanpa kata
Kerana mu ku tersiksa

( korus )
Oh... pilu dihati
Menyiksa batin tersiksa
Terkenang apalah nasibku
Tak pernah rasa bahagia

Mengemis kasih orang
Tak sedar siapakah diri
Yang menumpang di sudut hati
Tak tahu orang dah tak sayang

Walaupun tak ku rela
Kehilangan mu sayang
Bersama air mata
Ku lepaskan kau pergi

( ulang korus )

Andainya dapat kau rasa
Kepiluan dihati ini
Bagaikan terbakar api
Semarak pedih terasa
Bila kekasih menghilang
Perginya tiada berpesan
Ku menangis kerana mu ( 2X )

Screen ' Orang Yang Ku Sayang Sayang'




Selamat tinggal sayang ku
Semoga engkau bahagia
Bersama kekasih baru
Dan biarlah aku membawa diri

Walaupun berat hatiku
Sewaktu melepaskanmu
Tetapi apa dayaku
Antara kita dah tak sehaluan

1
Ada kalanya aku termenung mengenang sikapmu
Pandainya engkau mengukir janji
Lalu kau memungkiri
Sepi kurasa perjalananku
Penuh duri rindu
Sehingga fikiranku tak menentu

2
Cintaku melayang-layang
Wajahmu terbayang-bayang
Orang yang ku sayang-sayang
Kini dah disambar orang
Perit hatiku tidak terkata
Oh...bisanya

3
Selamat tinggal wahai sayang ku
Terima kasih kerana engkau
Sanggup melukakan hatiku ini

( Ulang 1, 2, 3 )

Walaupun berat hatiku
Sewaktu melepaskanmu
Tetapi apa dayaku
Antara kita dah tak sehaluan

Moga dikau bahagia (3x)

Screen ' Bila Kau Kata Kau Sayang'




Bila kau kata kau sayang
Terus aku tersenyum
Dan lantas kumenjawab
Hmmm....mmm
Aku juga sayang padamu

Bila kau kata kau rindu
Aku pun rindukanmu
Dan lalu kujelaskan
Kita sudah saling Oh jatuh cinta

1
Kau hadir saat aku memerlukan penawar duka lara
Setelah lama hidupku kesepian
Terbalut lah lukaku dengan harum cintamu
Terima kasih kuucapkan

Senyumanmu sering ku terbayang
Terlepas rinduku bila dengar suaramu
Terasa bagaikan kau ada di sisi
Di mana saja ku berada

Aku pun berdoa pada Tuhan
Semoga cinta kita berpanjangan selamanya
Berkocak nafas di dada bila terpandang mu
Janganlah engkau pergi dariku...

( Ulang 1 )

Bila kau kata kau rindu
Aku pun rindukanmu
Bila kau kata kau sayang
Hmmm....mmm
Aku juga sayang padamu

Screen ' Dibuai Rindu Semalam'




Dalam sepi terkenang diri mu
Ku sendiri mengharung rindu
Kau berjanji sehidup semati
Tinggal janji mu kau bawa bersama

Kau biarkan diri ku melara
Mengemis cinta suci dari mu
Apa daya aku jatuh cinta
Jatuh hati kepada yang tak sudi

( korus )
Mengapakah aku kau dustai
Kasih suci telah kau khianati
Manis kata hanyalah di bibir
Meranalah jiwaku

Mengapakah kau simpan dendam mu
Kasih dulu tertanam di kalbu
Hingga aku menjadi mangsanya
Kau samakan dirinya...
Dengan kasih dan sayang ku

Cuba kau rasakan nya
Apa yang telah aku merasainya
Kasih telah ku beri tidak kau menghargai
Impian hati ini hancur tidak tercari
Pergi sayang pergi
Tinggalkan aku sendiri

Ku... diusik kenangan bersama mu
Ku... dibuai rindu semalam

( ulang dari korus )

Cuba kau rasakan nya
Apa yang telah aku merasainya
Kasih telah ku beri tidak kau menghargai
Impian hati ini hancur tidak tercari
Pergi sayang pergi
Tinggalkan aku sendiri

Screen ' Kita Ditakdirkan Berpisah'




Tidak pernah ku inginkan
Perpisahan terjadi
Kerana ku sejak dulu
Ingin bersamamu
Hingga ke akhir hayat

Ku harapkan cinta kita
Akan terus bahagia
Tapi sayang kelukaan
Masih berpanjangan
Sehingga tak dapat dirawat

( korus )
Apa guna kita menyesal
Semua kerana kesilapan dirimu
Andai kau setia tanpa menyakitku
Tentu tiada kelukaan

Puas sudah ku bersabar denganmu
Tapi mungkir janjimu
Apa daya nak ku kata
Kita ditakdirkan berpisah
Walau aku masih sayang

Air mata takkan mungkin
Dapat membalut lukaku
Hingga kini ku tak lupa kepadamu

Setelah kau pergi sayang
Aku sering termenung
Ku tahu oh mengapa
Tiba-tiba rindu
Sesaknya perpisahan ini

( korus )
Apa guna kita menyesal
Semua kerana kesilapan dirimu
Andai kau setia tanpa menyakitku
Tentu tiada kelukaan

Sekiranya kau masih
Ingat lagi padaku
Kenangilah betapaku cinta kepadamu
Tidakkah kau sayangku lagi

Screen ' Bila Cinta Di Dusta'




Bila cinta didusta
Hati mula gelisah
Hilang kekasih hati
Hidup jadi merana

Insan jadi idaman
Kini dimilik orang
Cinta yang diimpikan
Putus di tengah jalan
Terpaksa mengalah

1
Mengapa menyinta
Andainya tak setia
Tak usahlah bercinta
Jika hanya berpura
Bila hati dah jemu
Mula berpaling tadah
Tak pernah difikirkan
Orang yang ditinggalkan
Tersiksa sayu pilu

Ooo...oo merayu-rayu
Ooo...oo ingin kembali
Ooo...oo meratap sayu
Tidak mungkin orang simpati
Menoleh pun tak sudi

Andainya ditakdirkan
Cintamu didustai
Pastinya kau mengerti
Siksanya perpisahan
Hanyalah ditemani sesalan

( Ulang 1 hingga akhir )

Versi 'Ini Cintaku Yang Pertama'




Dimatamu ku lihat kehausan kasih sayang
Ingin dicintai sepenuh jiwa
Engkau memilihku untuk bersama
Aku tenggelam dalam asmaramu
Aku percikkan untukmu bahagia
Kerna ini cintaku yang pertama

Kau hilang dan kau datang membawa semalam
Menagih janji-janjiku dulu
Kau ingin kembali kepada diriku
Mengapa dulu kau meninggalkanku
Sehingga aku terasa ditipu
Oleh perbuatanmu

Bukan begini yang aku impikan
Percintaan kita tiada kesudahan
Oleh tipu daya
Bagimu ia sandiwara...aaa
Kau pandai menghias manisnya dibibir
Bermain dan mengusikku dengan cinta
Merosakkan... Jiwa insan yang setia...

Seandainya engkau ingin aku menyintaimu
Masih ada lagi ruang
Belas simpatiku ini untukmu
Tuliskanlah satu perjanjian seumur hidupmu
Akan abadikan percintaan ini
Hingga keakhir hayat
Kita berdua selamanya

Versi 'Bila Kekasih Merajuk'




Bila kekasih mula merajuk
Bagaimanakah dapat ku pujuk
Hebatnya cinta banyak dugaannya
Kau tak percaya yang aku setia
Bukan niatku bermesra dengannya
Kerna ianya teman biasa

Bila kekasih mula berpaling
Tak perlu lagi bertentang mata
Ucapan sekian lama untuknya
Dapat menunduk setiap bicara
Kerna cintaku hanya untukmu
Hanya untukmu

Belum puasku mengecapi redup asmara
Kini cintaku dihiris dengan perasaan
Pada zahirnya engkau curiga
Walau dijiwa terlalu setia
Apa erti cinta tanpa sefahaman

Jangan dipertaruhkan cinta dan perasaan
Sehingga hatimu terluka
Padaku kaulah insan
Senyumanmu penawar jiwa

Kekasihku... Lupakanlah...
Usah biarkan aku sengsara

Bila kekasih aku merajuk
Adakah mungkin engkau meluncur
Hebatnya cinta banyak dugaannya
Rindu dan dendam bukan permainan
Kerna cintaku hanya padamu
Hanya padamu...

laksamana 'Akulah Mentarimu'




Redup matamu bagai petanda lepas gerimis
Yang tersimpul bagai terkunci mengikat diri
Kalaulah aku mempunyai kuasa sakti
Akan ku ubah duka hidupmu jadi bahgia

Cermin dirimu cuba kenali diri sendiri
Sebagai mana engkau kenali cinta misteri

Lihatlah di langit sana
Mentari merah menyinar
Itulah di umpamakan satu pengorbanan ku
Ku rela di perhambakan andai itu kau inginkan ohh

Ku oh bukanlah seorang pujangga
Ku hanya mampu merancang dan berusaha
Untuk kita berdua

Cuba renungkan masa hadapan bersamaku
Pastikan corak hidupmu akan jadi bersinar

Lihatlah di langit sana
Mentari merah menyinar
Itulah di umpamakan satu pengorbanan ku
Ku rela di perhambakan andai itu kau inginkan ohh

Ku oh bukanlah seorang pujangga
Ku hanya mampu merancang dan berusaha
Untuk kita berdua

Laksamana ' Gugurnya Bunga cinta'




Izinkan aku sayang
Menyentuh perasaanmu
Biar gelora cinta semalam
Izinkan aku sayang
Merinduimu selalu
Biar bergetar nalurimu

Walau berkali kau membenci
Cintaku takkan hilang
Himpunkan semua kemaafan
Dengarkan oh! rintihan

Andainya kau pergi
Gugurlah bunga cinta
Terpadam mentari
Yang menyinar oh

Pulanglah oh! sayang
Kau ku nanti penuh pasti
Rintihan kecundang
Untukmu oh! sayang...

Damasutra 'Sesat Dalam Rindu'





Ku resah mencarimu dengan akal
Dengan bersama sifat-sifat pinjaman
Kau ku rasakan semakin menjauh
Tersesatlah aku dalam rindu mu

Ku satukan firasat mencari mu
Dan ku terlontar di penghujung alam
Kau masih tidak dapat ku jejaki
Betapa malangnya nasib ku

( korus )
Kerana mu ku tinggalkan segalanya
Sendiri aku terpedaya
Punya akal dan firasat yang tidak ke mana
Hanya jalan yang sengsara

Zahir musnah bagi yang mimpi
Zahir ada rahsia mencari
Lalu ku selami di dalam diri
Dibawa arus nafas ku
Asal serah janji dahulu
Mula hidup pasti mula cinta

Engkau kasih ada di sini
Engkau kasih ada menanti
Kau kasih aku jua kasih

Damasutra 'Asyik'




Dengan bahasa kalimah yang sama
Puji dan memuja
Dilindung dan dibuka
Rahsiakan tetap rahsia

Indah bukan rupa
Harum bukan bunga
Manis bukan gula
Panas bukannya bara
Cintakan tetap cinta
Sejak aku kenali
Cintamu yang suci
Aku telah berjanji
Tak berpaling lagi

Akan aku genggam api
Hingga jadi besi
Dan nyata sebati

Gelap bukan malam
Terang bukan siang
Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta

Dan hanya kepadamu
Kuserah jiwa ragaku
Walau berjuta seteru
Tak kuragu

Damasutra 'Seribu Bayangan'




Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti

Sedalamnya lautan tingginya bulan
Bisa disentuh dengan pengetahuan
Sepahitnya henpedu bisa ditelan
Jika itulah penawarnya

Inikan pula perasaan
Yang lahir dari jiwa
Dan kita sama sama merasa
Denyut kasihnya

Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
Tapi curiga kau kan tersalah sangka
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina

Kerna kita menolak segala bencana
Dan asyik bergembira dengan nikmatnya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa

Bukannya teka teki gurauan hati
Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
Bukan mudah mencari kasih abadi
Dalam terang ia sembunyi

Damasutra 'Umpama Mimpi Dalam Mimpi'




Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari

Pabila kupejamkan mata
Akan terasa hangatnya asmara
Walaupun sekian lama
Telah terpadam cinta kita

Luka yang tak terasa
Mengalair darah yang tak berwarna
Bagai jeritan tanpa
Suara

Tangisan dalam ketawa
Sedu sedan menjadi syair cinta
Terasa ingin ku sentuh
Bayanganmu

Walau hanya seketika cuma
Agar hilang rindu dan dahaga
Agar pulih semangat kasih dan mesra
Seperti baru kenal cinta

Kenangan bersamamu kasih
Membakar gedung fikiranku kini
Terasa hidupku ini
Umpama mimpi dalam mimpi

Umpama mimpi dalam mimpi

Damasutra 'Sufi'




Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah

Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan

Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah di hina kau tak berubah

Vagrant 'Kau Dan Aku'




Kau ku sayang tak terhingga
Sampai akhirnya kau ku cinta
Senyumanmu oh manisnya
Lalu ku terdengar suara tawamu

Walaupun engkau jauh
Mesramu ku rasakan
Sering ku harap agar bersamamu
Moga tuhan satukan kau dan aku

Hati ini merindu selalu
Kasih ini ku simpankan untukmu

Kiranya ku tersilap
Maafkanlah diriku
Aku pasti disuatu harinya nanti
Kau kan tahu betapa dalam cintaku

Hati ini merindu selalu
Kasih ini ku simpankan untukmu

Succsess 'Airmata Dan Pesona'




Semudah itu kau jelmakan
Pesona mu...
Hanya kerana dari hati cemburu
Haruskah ku terima ini
Bagai satu gurauan
Ataupun bertarung menahan getaran

( korus )
Untuk apa kau berselindung
Dari pedihnya rasa
Ternyata engkau masih tewas
Biarpun dengan pesona
Berpantang ku dihujani
Airmata penuh sendu
Asmara takkan luntur dan goyah
Airmata dan pesona
Hanya akan dapat menentukan
Airmata keluh resah
Korban cinta jiwa parah

Succsess 'Kejam'




Tenggelam dalam kesayuanku seorang
Biarpun dulu berjanji bersama
Ucap rayuanmu kau putarkan
Sehingga kini masih kupercaya

Rindu dan dendam menjadi pegangan
Tak mungkin kulepaskan
Biarpun terluka dalam dada
Kata-katamu menghiris hatiku

Di dalam sendu
Aku tatapi potret-potret wajahmu
Hingga kuterbayang kenangan bersamamu
Di saat-saat bahgia

Kau kejam dan hukum segalanya padaku
Engkau kelar hatiku pada cinta
Waktu kau masih kucintai

Lemas kala mengingatimu
Terpedaya
Engkau memaksa hatiku berubah
Kalut di fikiran tak terperi
Di dalam resah engkau kupisahkan
Engkau ku pisahkan...

Succsess 'Ku Basuh Luka Dengan Airmata'




Sekian lama kita menjalinkan cinta
Akhirnya tak ke mana
Hanyalah diriku saja yang setia
Dalam perhubungan kita

Andainya engkau buat bermacam alasan
Setelah ku membenci
Diri kau pandangku samanya indah
Kini semuanya tak kena

( korus )
Mengapa tidak kau berterus terang
Bahwa engkau ada yang lain
Aku doa akan agar kau tak menyesal
Biarkan diriku
Menanggung duka lara sendiri
Susah payah tak sorang pun tahu
Terasa hinanya bila kau menyingkir diriku ( 2X )

Ku ucap selamat tinggal cinta & selamat tinggal kekasih
Biar pun sukarnya untuk melupakanmu
& tak perlu lagi kau bertanya
Tentang diri ini

Biarlah ku sendiri hidup dalam sepi
Ku basuh luka dihatiku dengan airmata
Betapa pedih tak terkata
Lalu ku terkulai didalam sangkar rindu

( ulang korus )

Fair 'Andainya Aku Terluka'




Andainya aku terluka
Tak mungkin kau lihat kusenyum
Tak mungkin buat ku tertawa
Kerna aku telah terluka

Andainya aku terluka
Tak mungkin kutoleh angin lalu
Tak mungkin kau buatku gembira
Kerna aku telah terluka

Tetapi jika kau terluka
Ku kan terus memujuk hatimu
Kan kubuat kau bahagia
Kan kubuktikan rasa cinta

Kita... bermadu asmara
Namun diusik oleh
Hasutan naluri

Aku tak ingin kau bersedih
Pasti ku tak ingin kau kecewa

Aku hanya ingin berdua
Sehingga bersinar bintang cinta

Di dalam jiwa engkaulah baiduri
Di dalam sepi engkaulah cahaya

Semoga bersemi kekal abadi
Selama lama dihati

Kembalilah kekasih
Seandainya engkau terluka

Fair 'Terlanjur Menyintaimu'




Dari dahulu mendengarkan suara mu
Siapakah itu intan atau permata
Lalu ku tulis kata-kata pujangga
Menghiasi hati ku hanya untuk mu

Luas lautan usah cuba diduga
Jadi ingatan teman sebagai pedoman
Namun ku terus cuba mendekati mu
Tetapi aku tertewas
Kita tak serupa

Kau bandingkan ku dengan kekayaan
Ternyata aku ketinggalan
Walau ikhlas menyintai mu
Kau hina tanpa rasa simpati
Masih kedengaran lagi
Nista yang ku cari

Baru kini aku sedari
Bukan mudah untuk melewati
Sememangnya aku bersalah tidak mengerti
Ku antara berjuta yang meminati mu
Terlanjur menyinta dengan tulus suci
Tanpa jawaban pasti
Dengan tulus suci tanpa jawaban pasti

AXL's 'Seandainya Kita Sehati Sejiwa'




Lafaz apa yang harus kuungkap
Untuk kuluahkan perasaan
Yang bergelora di sudut hati
Setelah kita berjauhan

Mengertilah sebenarnya rindu
Ku tenggelam didalam lamunan
Sampai bilakah kunanti
Kasih sayang yang sehati

( korus )
Tiada... pernah aku menyesali
Biar pun kemilaunya
Sering dikhianati mimpi
Namun ternyata keindahan itu
Tak sekali terhapus
Musim yang berjuta

Suka dukaku silih berganti
Walau pedih kutahan untuk menanti
Keasyikan terasa jua
Seandainya kita sehati sejiwa

Mendung cinta berarak berpisah
Tersingkaplah rindumu di tabir senja
Yang membenam segala sangsiku
Kasih sayang akan ku pertahankan

AXL's 'Andai Dapat Ku Undurkan Masa'




Dalam usikku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga
Lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka

Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang
Entah ke mana

Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita
Agar dapatku temui dirimu
Umpama sebutir permata yang sirna

Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlakuku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi berpisah
Bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tiada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri

AXL's ' Akulah Kekasih Mu'




1
Itukah dia kekasih yang pernah berjanji
Memberi cinta untukmu sepenuh hati
Ia akan menyesal suatu hari nanti
Apabila ia mengetahui
Kekasihmu ini ingin kembali

Tahukah engkau ia tak sepadan denganmu
Walau beribu bisik pujuknya merayu
Kekasihmu ini terlalu ingin kembali
Sejak ia mengetahui
Kekasihmu itu selalu membuat kau bersedih

( korus )
Oh kekasihmu ini akan merasa gembira
Andai dapat bersama untuk selama-lama
Hanya untuk menyayangimu
Hanya untuk bercinta lagi
Andai engkau berduka
Aku yang pertama di sisi
Andai engkau bahagia
Akukan terus berdoa
Semoga suatu masa
Pintu hatimukan terbuka
Dan kita akan kembali
Bercinta lagi

Aku akan kembali
Walau jalan berliku
Kernaku kekasihmu
Hingga ke akhir hayat

( ulang korus, 1 )

Spring ' Pesanan Buat Kekasih'




Sewaktu kau melangkah
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku
Menahan titis air mata

( 1 )
Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih
Sekiranya engkau merinduiku
Hubungilah aku di sini

( korus )
Jika ada kesilapanku
Maafkanlah diriku oh sayang
Dan izinkan aku bertanya
Mengapa kau berubah hati

Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkanmu
Dan menerimamu sayang

Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerana sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu

Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka

( ulang 1 )

( ulang dari korus )

Spring ' Butakah Cinta'




Berapa lamakah lagi
Terpaksa aku menanti
Sehingga pedihnya penyiksaan di hati

Bukan hanya kepentingan
Malahan keegoan telah ku korbankan
Berlimpahan kasih sayang... aku curahkan
Buat mu seorang...

Kiranya semua itu
Tak bermadai bagi mu
Apa sebenarnya yang kau mahu
Ku tak tahu...

Kau hilang bila ku tiba
Kau datang bila ku kecewa...
Terasa diri...di persenda...
Dimana berakhirnya nanti
Permainan sendiwara mu ini...
Sesungguhnya aku... tak mengerti...

Jika benar cinta itu buta...
Butakah mata ku...
Berkali terluka masih jua... ku merindu...
Apa yang ku inginkan...
Cuma kejujuran dalam perhubungan...

Jika itu tiada...
Apalah ertinya...
Penantian ini hanya sia-sia...( 2X )

Spring 'Sejujur manakah kata-kata'




Sejauh mana ikhlasnya hati
ketika lembut senyum diberi
apakah ada tujuan...
sebalik senyuman ini...

Sejujur manakah kata-kata
ketika kita bertentang mata
boleh kah aku percaya
ini bukan satu sandiwara
kerana sering
pengucapan zahir batin tak seiring
ada rasa ada jiwa
terluka hilang rasa percaya

Pengalaman telah mendewasakan
mematangkan fikiran
pahit getir yang pernah kulalui
guruku sejati

Bukan dirimu ku curigai
aku sekadar berhati-hati...
tidak rela bakal ada yang kecewa...
biar waspada

Spring ' Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta'




Ku tak tahu mengapa
Tiba-tiba sahaja
Di dalam hati ini sering rindu padamu
Ingin kumeluahkan, tak berdaya

Ku tahu engkau jua
Sangat sayang padaku
Kaupun sering merindu
Bila tidak bertemu ternyata kau dan aku
Punya rasa...

Kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu
Dan tiba-tiba kita jatuh cinta
Ini semua sudah suratan ilahi
Dan kita harus tabah hadapi kenyataan

Biar... apapun terjadi
Aku... harap engkau tabah...
Menerimaku sebagai teman barumu
Semoga kita saling sayang, bahagia...

Usahlah engkau pergi
Semadi di hatiku
Masih menyayangimu, oh sayangku...
Bila sehari tak jumpa, aku rindu...

Spring ' Sampai hati'




Tergamaknya dirimu menghiris hatiku
Tidakkah di hatimu punya perasaan
Sampainya hatimu meninggalkan aku
Di manakah janjimu yang setia

Betapa sepinya perjalanan hidup ini
Di kiri kananku penuh duri cintamu
Sampainya hatimu membiarkanku rindu
Kau terus menghilang tanpa berita

1
Entah mengapa rindu di hatiku masih di dada
Bukannya mudah nak kulupakan
Adakah tanda aku masih menyinta
Sedangkan engkau entah di mana

2
Hanya Tuhan yang mengerti hati dan perasaanku
Di tengah malam syahdu hatiku merindu
Sampai hati kau pergi tanpa pedulikanku lagi
Aku berdoa agar engkau bahgia

3
Biarlah aku abadikan cintaku yang setia...
Oh... kekasih
Segala kenangan menjadi rinduan
Cinta di hatiku seperti dulu

( ulang 2, 3, 1 )

Spring 'Bourgenvilla'




Di villa indah ini
Pernah menjadi saksi
Temasya yang gemilang
Suasana meriah
Termetri di hatiku kau yang memiliki
Kehebatannya di malam itu

Bila villa menyepi
Kenangan pun bertamu
Wajahmu menikam memperlahankan waktu
Aku pun hilang arah
Kerna di sini bermula cinta ku padamu

( 1 )
Akukah yang keseorangan ditimpa percintaan
Janji manisnya yang mendera
Berikan kesempatan bukannya hukuman
Akan ku pastikan
Cinta ini

( 2 )
Andai dibiarkan ia usang
Diterangi malap pula
Akan tinggal bayang kekosongan
Terserahlah kepadamu

Atau kubiarkan ia usang
Ditemani unggas malam
Tinggal tiap kenangan tenggelam
Bersamamu selama-lamanya

( ulang dari 1 )

( ulang 2 2X )

Monday, May 4, 2009

GINGERBREAD 'Kau Ku Rindukan'




Telah lama ku pendam rindu
Dalam diamku
Menantikan ucapan
Mesra darimu
Hingga kini kau membisu
Seribu kata
Mata bertentang Mata
Oh... ku gelisah

Kini kau berjauhan
Seribu perjalanan
Hati merintih sedih
Tiada berairmata

Kian ingin kau ku lupakan
Kian kau ku rindui
Kesal bertahun lama
Kerna kau tiada

Hidupku kian hampa
Semenjak perpisahan
Hilang tanpa berita
Rindu pada mu jua

Di mana ku cari ganti
Serupa denganmu
Kesal bertahun lama
Kerna kau tiada
Kesal bertahun lama
Kerna kau tiada

Hilang bertahun lama
Kau ku rindukan

GINGERBREAD 'Kucari Damai Di Hati'




Mengapa kau tergamak sungguh
Memperdaya harapan ini
Tunas kasih yang aku semai
Racun berbisa yang kau sirami

Beginikah balasan cinta
Manis kata di bibir saja
Lembut lidah mengukir janji
Segunung mimpi berkecai kini

Sesalan tidak terucap
Bila kau berubah sikap
Ku sedar siapa diri ku
Kau buat tempat berteduh

Semoga engkau bahagia
Di samping kekasih baru
Andainya engkau kecewa
Janganlah kau cari aku

Biar saja aku sendiri
Yang mencari damai di hati
Airmata basah di pipi
Tak mungkin dapat membasuh luka

Ways 'Seiras'




Membisu saja tiada terkata
Pabila kuterpandang wajahmu
Yang seiras kekasihku yang dulu

Aku tergamam tiada bersuara
Pabila kau menjeling padaku
Seolah kau membaca pintu hatiku

( korus )
Wajahmu manis yang mempersona
Tidur pun tak lena
Siang dan malam terbayang-bayang
Mandiku tak basah ooo ku rindu

Gerak geri serupa
Tak ubah kekasihku dulu
Gaya lenggang pun sama
Membuat hatiku cemburu

Dikaulah yang kuangani
Dikaulah yang kuhajati
Serasi membawa bahagia (2X)

Ways ' Warkah Buat Kekasih'




Mencorak bintang menjadi kerongsang ku tak berdaya
Kerna nyata ku tak sehebat dia bermain kata
Memintal buih menjadi keranjang ku tak berdaya
Kerna aku tahu imaginasiku ada batasnya
Kekasih jangan pula engkau
Menolak warkah cintaku yang tak bermaya

Kekasih harap kau terima warkah cintaku
Yang biasa tiada berbunga
Namun begitu izinkan aku menghibur jiwamu
Dengan kata-kata yang sederhana

Aku bukannya sasterawan negara
Aku hanya manusia biasa
Menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa
Maaf jika kutak sepeka dia
Tak mampu menganyam awan gemawan
Menjadikannya selendang untukmu
Oh kekasih

Kekasih harap kau terima warkah cintaku
Yang biasa tiada berbunga
Namun begitu izinkan aku menghibur jiwamu
Dengan kata-kata yang sederhana

Aku bukannya sasterawan negara
Aku hanya manusia biasa
Menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa
Maaf jika kutak sepeka dia
Tak mampu menganyam awan gemawan
Menjadikannya selendang untukmu
Oh kekasih

Arrow 'Terimalah Sayang Cintaku Seadanya'




( 1 )
Bukan pura-pura cinta kepadamu
Setulus perasaan yang datang
Dari dalam jiwa

( 2 )
Hanya engkau saja beraja dihati
Mengisi kekosongan kekeringan
Jiwaku yang tandus sekian lama

( 3 )
Pergilah saat duka lara
Lupakan masa derita
Hadirmu merubah segala
Dunia bagaikan syurga

( 4 )
Luka dihatiku engkaulah pengubatnya
Cintamu yang syahdu satu dalam berjuta

( 5 )
Terimalah sayang cintaku seadanya
Jangan dikesalkan aku pernah terluka
Hanya pada tuhan kuserahkan segalanya
Tiap perancangan suka duka manusia
DitentukanNya

( ulang 3, 4. dan 5 )

Arrow 'Aku Tak Marah'




Kalau cinta katakanlah
Tidak aku terus gelisah
Kalau diam mana kutahu
Aku takut ku kan berlalu pergi darimu

Kalau benci lepaskanlah
Tidak aku tidak marah
Kalau diam siapa yang tahu
Kalau begitu tak mungkin aku terus menunggu

Tiada guna diam saja
Berterus teranglah segala
Kini masa dah tiba
Cinta tak perlu pura-pura

Kalau cinta katakanlah
ku tak mau terus gelisah
Kalau diam tak ku tahu
Mungkin aku pergi berlalu
Lepaskanlah kalau kau benci
Tidak sekali ku marah pada mu
Ku tak marah

Lepaskanlah ku tak marah
Lepaskanlah ku tak kisah

Cinta tak perlu berpura-pura
Kau pun tahu
Tak perlu pura-pura

Aku tak mahu berpura-pura
Engkau pun tahu aku tak marah

Arrow ' Ku Menagih Setia Mu'




Deraian airmata
Basah di pipi ku
Tak mampu menahan rasa terkilan
Benci di hati
Ditinggal kekasih hidup merana diulit sepi
Telah pun kau mengerti
Kesungguhan hatiku
Hangatnya cintaku
Secerah sirna mentari pagi
Tetapi kasih mu hanyalah bagai sebening malam

( korus )
Pernahkah engkau rasakan
Berdosa andai kau berpura menyinta sepenuh hati
Akhirnya kau yang menghancurkan

Semua dah berakhir tiada kemaafan
Ku dipandang hina
Teramat hina... aku terasa
Kecil tersisih jauh di sudut dunia
Hilang dari hati mu

Di manakah janji mu dulu
Aku menagih setia mu
Akan ku pujuk rawan di hati
Moga 'kan hilang di rindu ku

Andainya akulah insan yang tak mampu mengerti
Ku mohon kemaafan andai masih mengemis kasih
Walau di hujung rindu
Yang tak mungkin aku miliki

Arrow ' Sendu Di HatiMu Rindu Di JiwaKu'




Takdir yang menentukan
Pertemuan yang tak disangka
Takdir jua yang menentukan perpisahan
Di talian cinta ini
Terjalin ikatan mesra
Walau hanya seketika
Bagiku sungguh bermakna

Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu di hati
Tersentuh hatiku ini
Rasa ingin bersamamu
Menyapu si airmata
Menghilangkan rasa sendu di hati

(Korus)
Setiap malam
Kutunggu panggilanmu
Resah hatiku menanti
Walaupun sehari takku dengar suaramu
Hati rindu...
Kuterasa dunia ini bagai terhenti

Aku tahu kau rindukan aku
Belaian kasih mesra untukmu
Tak sempat lagi kita bersua bermesra
Engkau telah pergi jauh
Terlerai genggaman mawar dari tanganku

Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu di hati
Tersentuh hati kuini
Rasa ingin bersamamu
Menyapu si airmata
Menghilangkan rasa sendu dihati

Arrow ' Niat Di Hati Tak Nak Berpisah'




Dah lama tak berjumpa
Rindu rasa hati
Inginku bertemu denganmu
Biarpun hati ini
Menyatakan benci
Namun hakikat
Kau masihku sayang

( 1 )
Mengapa kita berjumpa
Dan mengapa kita bercinta
Niat hatiku nak kekal lama
Hidup denganmu wahai kasih
Niat hatiku tak nak berpisah
Apakan daya jodoh tiada

( korus )
Kenangan demi kenangan
Menjelma diingatan
Sukarnya melupakan dirimu
Rintihan demi rintihan
Menyeksakan hidupku
Aku derita... keranamu
Oh kekasih

Sungguh tidakku sangka
Akhirnya begini
Sebuah ikatan asmara
Engkau yang aku sayang
Yang aku kasihi
Mungkinkah bersatu kembali

( ulang dari 1 )

Lestari ' Cinta Itu Ketawa Dan Airmata'




Ketawa dan airmata
Itu sebenarnya cinta
Kalau kau sedih pasti ku rasa
Begitu sebaliknya

Ku senang engkau cemburu
Itu tanda kau sayangiku
Baru kau takut kehilanganku
Begitu juga aku

Ku juga suka bila kau curiga
Itu mengajarku erti setia
Apa pun sikapmu aku terima
Asalkan ada kebaikan
Walaupun sering kau ku tinggalkan
Itu tiada bermakna
Kau ku abaikan

Memang sesekali sikapmu
Membuat aku jemu
Hingga kau takku pedulikan
Untuk menyedarkan

Belum pernah ada cinta
Di dalam kehidupan manusia
Sepanjang masa bahagia
Tanpa air mata...

Lestari 'Sekelip Mata Kau Berubah'





Syahdunya ku rasa di saat ini
Suasana sepi membisu
Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu
Ingin kuluahkan hasrat di hatiku
Sudikah mendengarnya

Sebenarnya engkau masih ku sayang
Biarpun tak dapat bersama
Kau masih kurindu seperti waktu dahulu
Aku mengharap agar engkau mengerti
Curahan rasa ini

( korus )
Jika engkau sedang hidup bahagia
Jangan kau lupakan diriku
Yang terdampar kesepian
Ku dilambung ombak rindu
Yang hanyut dalam kelemasan

Mengapakah aku masih menunggu
Dan masih menagih kasihmu
Dirimu di mana... cuma aku yang terus
Sabar menantimu tanpa jemu

Dulu kau menumpang kasih
Lalu kuberimu harapan
Sekelip mata kau berubah
Ooo... begitulah lumrahnya percintaan

Spin 'Insanku Sayang Kini Menghilang'




Mengapakah sayang
Engkau sanggup hancurkan
Cinta kita yang dibina bersama
A... a... a...

Tergamaknya kau tinggalkan
Kau biarkan hidupku sepi
Mengapa sayang mengapa katakan

Dahulu hanya diriku
Kau berikan pengharapan
Ku serah cinta yang sepi
Pernah ku ragui

( korus )
Kiniku rayu memujuk hatimu
Tidakku terdaya
Lantaran berulang kali kau kata kebencian hatimu
Mengapa sayang beginikah akhirnya

Apakah ini suratan takdir
Suka duka kita dalam nafas cinta berdua
Insanku sayang kini menghilang
Musnahlah sudah harapan cinta selamanya

Tidakkah kau ingat dulu kenangan bersama
Indah cinta yang kau beri
Bersaksi rembulan

Ku sangka engkau setia
Rupanya engkau berpura-pura
Setelah kasih ku serah
Diriku kau tinggalkan

( ulang korus )

Mengapakah sayang
Engkau sanggup hancurkan
Cinta kita yang dibina bersama

Spin 'Memori Berkasih'




( L )
Telah kucuba meminta kasihmu
Biar menjadi ikatan abadi
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta

( 1 )
( P )
Bermusim kita bersama
Menyemai ikatan cinta
Tak mungkin kasihku hilang
Kukunci hati untukmu

( L )
Ku genggam kenangan indah
Simpanlah senda gurauan
Andainya kau kerinduan
Itulah jadi penanwar

( P )
Sungguh ku terharu dan pilu
Kasih kusemai kau abaikan
( L )
Putusnya ikatan cinta
Mungkin tiada jodoh kita

( P )

Menangis hati ini
( L )
Ku juga bersimpati
( P )
Hancurnya harapanku
( L )
Maafkan sayang

( P )
Kasihmu yang berubah
( L )
Aku pun tak menyangka
( P )
Itulah alasanmu, pergilah sayang

( L & P )
Biar rindu di kejauhan
Menemani hati yang gelisah
Semoga bertemu jua kebahagiaan

( ulang dari 1 )

( L )
Telah kucuba meminta kasihmu
Biar menjadi ikatan abadi
( P )
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta
( L & P )
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang menimpa

Spin ' Gurauan Berkasih'





( P )
Usik mengusik, semakin lama menjadi rindu
Hati merindu, asyik merindu
Tersentuh rasa, tidak terduga timbullah sayang
Andai tak jumpa, menjadi dendam

( L )
Gurau gurauan masih terasa dalam bayangan
Setiap detik ingin bersama memadu kasih
Apakah hati dah gila bayang
Merindu kasih, darimu sayang

( korus )
( P )
Andai ketara rajuk dihati
Jangan sampai merosak cinta
Andai payah merawat rindu
Hadirlah hadirlah sayang

( L )
Rindu dendam bisa terubat
Andai sudah bertentang mata
Pasti kasih berpadu
Terlerai rindu di hati

( P & L )
Indah dirasa
Waktu berkasih
Kita saling merayu
Merindu di angin lalu

( L )
Ingin ku sentuh hatimu sayang dalam rinduku
Moga kau tahu hebatnya cinta di hati ini
Sekian lama, memendam cinta
Payah ku rasa menyeksa jiwa

( ulang dari korus )

( L )
Gelora cinta mengkhayal rasa dalam angan ku
Setiap waktu hanya namamu mekar di kalbu
Sayang menyayang ceria rasa
( P & L )
Antara kita tersimpul kasih

Spin 'Utusan Rindu'




Bagaikan pungguk merindui rembulan
Kuasyik memuja kadang waktu terlena
Mampu melihat nun jauh di alam maya
Tapi tak terdaya
Menggapai menyapanya

Utusan rindu merindui dirimu
Kau sering beradu
Dalam igauan mimpiku

( 1 )
Tapi kutahu jauh dari pancainderaku
Cuma kumampu melukis impianku

Kan kubina singgahsana
Di kaki pelangi indah
Agar cahaya rindu ini
Mengelilingi ku

Apakah itu cuma, cuma impianku saja
Sedangkan hakikatnya engkau dan aku berbeza
Andainya kau terima impian menjadi nyata
Itulah dikatakan jodohnya kita di tangan Tuhan

Tapi kutahu kau jauh di mataku
Cuma kumampu melukis impianku

( ulang dari 1 )

Mampu melihat kau jauh dari pancainderaku
Tapi tak terdaya menggapai mencapainya

Lestari 'Biar Pedih Hati Terhiris'




Tergamaknya engkau menghiris
Hatiku yang menyayangi
Pedihnya bicara terakhir
Menikam ke sanubari
Kau menghilang entah ke mana
Tinggalkan ku merana
Tak terdaya aku menolaknya
Rasa pahit aku telah jua

Tidakkah kau punyai rasa
Kasih sayang di jiwa
Sebagaimana yang ku rasa
Bila diri ini dilamun cinta

Betapa hancurnya hatiku ini
Manis janjimu hanya di bibir
Ku sayangmu sepenuh hati
Sanggup kau belah dua
Cinta kita
Sebaknya dadaku bila terkenang
Saat bahagia kita berdua

Di kala itu kau sungguh manja
Rupanya sementara
Apakah sebabnya oh sayang
Kau merubah fikiran

Tidak dapat ku nafikan
Diriku sukar ku lupakan
Biar pedih hati terhiris
Rinduku tidak terhakis
Andai engkau sedang gembira
Aku jangan dilupa
Sendiri ku memendam rasa
Dipukul gelombang
Kenangan silam

Lestari ' Mahligai Mu Dari Airmata Ku'




Izinkan diriku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar kupaparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi

Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya

Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja sayang

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepiku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diriku

Oh aduhai ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pintaku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah

Oh tuhanku tabahkan hatiku
Temukan ku dengan ketenangan
Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa dayaku

Kucuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat padamu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang...

Lestari ' Airmata Di Hari Persandingan Mu'




Alangkah hancur dan berkecainya hatiku
Bila ku terdengar berita perkahwinanmu
Gementar hatiku diam tak terkata
Menahan sebaknya di dada

Kutahukah engkau sesungguhnya hati ini
Masih lagi menyayangi dan merinduiku
Dan belum pun sempat ku membalut luka
Kau menambahkan lagi kelukaan ini sampai hatimu

( korus )
Setelah kian lama terpisah
Ku harap akan bertemu lagi
Puaslah aku menunggumu
Namun kau masih membisu

Rupanya engkau sudah pun ada pengganti diriku
Patutlah kau tak pedulikan ku
Oh berderai airmata ku mengiringi hari
Persandinganmu

Walaupun pahit kenyataan ini
Terpaksa aku hadapi
Kenangan lalu terimbas kembali
Terhiris hatiku

( ulang korus )

Kau masih ku sayang

Exist 'Jesnita'




Jesnita kali pertama terpandang wajah
Terpegun aku dan terpesona
Dengan senyuman dan lirikanmu
Membuat aku telah jatuh cinta

Jesnita mungkinkah dikau
Gadis yang kucari dalam jagaku
Selalu terbayang, termimpi-mimpi
Hingga terbawa di dalam lenaku

( 1 )
Andainya dirimu sudi menerimaku
Kan kumahkotakanmu ratu di hatiku

Biarpun berjuta rintangan yang melanda
Rela kukorbankannya untuk memilikimu

Kau Jesnita setinggi gunung harapan
Bukalah pintu hatimu untuk cinta ini
Biar berkurun lama dikau kunantikan
Semoga impian ini kan menjadi nyata
Bersamamu Jesnita

( ulang dari 1 )

Exist 'Di Rantai Di Gelangi Rindu'




Syahdu malam berlagu sepi
Mengiring rawan dalam taman hati
Gelisah menanti kau kembali
Manja menagih bujukan di sisi

Kerana desakan cintaku
Dirantai digelangi rindu
Sehinggakan diri sanggup mengalah kepadamu

(Korus)
Dosamu ku anggapkan debu
Bisa diterbang angin yang lalu
Ku sedia memaafkanmu
Biar aku berparut seribu
Agar sembuh lukamu
Pahitku rasa madu

Pulanglah oh kasihku
Kurayu kepadamu
Janganlah diturutkan mainan perasaanmu
Serikanlah duniaku yang semakin tandus dan gersang
Dengan belaian senda gurauanmu
Duhai sayang

(Ulang Korus)

Pulanglah oh kasihku
Kurayu kepadamu
Janganlah diturutkan mainan perasaanmu
Serikanlah duniaku yang semakin tandus dan gersang
Dengan belaian senda gurauanmu
Duhai sayang
Oh pulanglah

Stings 'Ku Sapu Air Mata Tanda Perpisahan'




Siapa sangka kan jadi begini
siapa duga kita kan berpisah
kutak percaya biarpun kenyataan
Yang pastinya kukan kehilanganmu

Kita sebumbung tapi tak bersama
Kita serumpun tapi tak sekata
Rindu setahun hilang sekelip mata
Lautan kasih di sapa kemarau

Ku ku ku ku derita
Kau kau kau kau berpura
diriku menangis engkau ketawa ooo...

Kau Kau Kau aku sayang
Ku ku ku kau singkirkan
siksa aku selamanya haa...

Ku ku ku tak menduga
Kau kau kau dah berubah
Dalam diam kau menolak cintaku uuu...

Kusedar siapalah diri ini
bagaikan pipit disisimu
Dan kau merak kayangan
kutak di senangi
Kusapu air mata tanda perpisahan

Stings 'Ingat Ku Dalam Doa Mu'




Ada sesuatu ingin kukatakan
Kuharap engkau dapat mengertikan
Selama ini dirimu kusayang
Walaupun kau tidak percaya

Tak guna aku memaksa dirimu
Untuk percaya segala kataku
Kiranya engkau fahami hatiku
Tentunya kau akan menyedari

Aku merasa sungguh indah bersamamu tiap waktu
Kita bermesra... marah dan sayang
Rajuk dan rindu
Walaupun kita pernah merasa terluka dan terkilan
Namun hatiku masih menyintaimu sayang

Alangkah indah kehidupan ini
Seandai engkau terus bersamaku
Kiranya aku menyinggung hatimu
Maafkan diriku... oh sayang

Aku merasa sungguh indah bersamamu tiap waktu
Kita bermesra... marah dan sayang
Rajuk dan rindu
Walaupun kita pernah merasa terluka dan terkilan
Namun hatiku masih menyintaimu... sayang

Alangkah indah kehidupan ini
Seandai engkau terus bersamaku
Kiranya aku menyinggung hatimu
Maafkan diriku... oh sayang

Andainya aku hilang di matamu
Ingatku dalam doamu

Stings 'Dalam Diam Aku Menyintai Mu'




Entah mengapa ku rasa tak menentu
Semenjak aku mengenali dirimu, sayang
Terbayang-bayang wajahmu di mataku
Hingga tersentuh rasa indah di kalbu
apakah ertinya

1
Aku tak tahu mengapa aku rindu
Ingin ku curah tetapi rasa malu
Cubalah engkau mengerti isi hati ku
Di dalam diam aku menyintai mu

2
Ku harap kau faham perasaan ku
yang kini dilamun rindu pada mu
sungguhnya aku telah jatuh cinta
oh...indahnya bila bersama mu
cinta ku dengan ikhlasnya
janganlah engkau sia-siakan
harapan dan impianku

( ulang 1, 2)
(dalam diam aku menyintaimu)

Thomas Arya 'Syahara'




Syahara...kasihku
kau menyinari ruang hidupku
syahdunya bersamamu
mengenang di hatiku..syahara

syahara...sayangku
mengukir indahnya bersamamu
jalinan rasa rindu
memburu di hatiku...syahara
oh ooo...syahara

syahara engkaulah gadis pujaan
siramilah rasa rindu
anda engkau dapat mengerti
betapa ku meyayangi

dan bila suatu hari nanti
engkau dapat ku miliki
takkan pernah aku lepaskan
dirimu oh oh syahara
oh ooo...syahara

Thomas Arya 'Bunga'




merana kini aku merana
kekasih tercinta
entah kemana
sendiri kini ku dibalut sepi
tiada tempat tuk bercurah lagi

dimana kini entah dimana
bunga impian
yang indah dimata kurindu tutur sepamu
nan saat kau barada disisiku....
kini tinggallah kusendiri
hanya berteman dengan sepi
menanti dirimu kembali
disini ku terus menanti
akan kucoba untuk
menanti dirimu kekasih

oh bunga....
dimana kini kau berada
jangan biarkan diriku
dalam kesorangan

oh bunga...
jangan kau gores luka didada
sunguh diriku takkan kuasa
campak kan kenanga
ho ho ho....

EYE 'Kau Tetap Di Jendela Kenangan Ku'




Bagai nak ku lontarkan diriku ini
Jauh dari lubuk hatiku
Tapi tak tergamak hati kecilku ini
Untukku memisahkannya

Engkau bukan boneka
Ataupun perhiasan
Yang semudah nak ku singkirkan
Aku jua insan yang punya perasaan
Diri ini tak sekejam
Apa yang kau sangkakan

Dalam keretakan cinta
Akhirnya terbelah jua akhirnya
Tetapi engkau tetap
Di jendela kenanganku

Kini kau bukan milikku lagi
Kau mekar di dalam jambangan orang
Tak mungkin dapat
Ku sunting tangkai
Apa lagi nak ku cium harumannya

Aku kini bak kumbang
Yang berterbangan
Antara kuntuman yang berkembangan
Mencari nurbisa penawar duka

Sukar nak ku kikis
Bayangan rindu ini
Menjengah di jendelaku
Puas ku mengusirnya
Tapi tak berupaya
Batinku semakin tersiksa

EYE 'Setelah Dirimu Ku Kenali'




Rintangan demi rintangan aku harungi
Sebelum bersua denganmu
Halangan demi halangan aku tempuhi
Sebelum mengenalimu

Setelah dirimu aku hampiri
Kini ku kenali siapa diriku
Kerana rindu aku jatuh cinta
Terasa bahangnya kian mula membara

Satu persatu kesilapan diri ini
Jadi senda gurauanmu
Aku keresahan menjejaki langkahmu
Mentafsir benakmu

Dan kepuraanmu semakin terasa
Bila kau nyatakan hasrat hatimu padaku
Disebaliknya lafaz kata janjimu itu
Kau serahkan kasih sayangmu

Buat insan yang lebih mengerti
Jika dibandingkan
Lebih dulu dari kekasihmu
Yang kau sanjung dan puja

Setelah dirimu aku hampiri
Kini ku kenali siapa diriku
Kerana rindu aku jatuh cinta
Walaupun kini disebaliknya

Lafaz kata-kata janjimu itu
Kau serahkan kasih sayangmu
Buat insan yang lebih mengerti
Jika hendak dibandingkan dengan dirinya

Satu persatu kesilapanku
Jadi senda gurauanmu
Aku keresahan menjejaki langkahmu
Mentafsir benakmu

EYE ' Izinkan Selamanya Namamu Di Hati'




Telah aku terima takdir dari Yang Esa
Tertusuk sembilu pedih hati terluka
Terkubur impian kita bina bersama
Terlerai sedah ikatan cinta

Baru aku sedari siapa diri ini
Sebalik suratan cahaya cinta yang sudah
Sedalam renungan terlihat dalam diri
Hakikat cinta yang sejati

( korus )
Kuturutkan cahaya dihadapan berliku
Keyakinan di dada mengiring langkahku
Jalinan bahagia iringan doa restu
Di dalam jiwa cinta yang satu

Jalanan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti kan kudaki
Detik-detik kenangan segar buat pedoman
Sepanjang jalan taman impian... ohhh

Selamat sejatera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namamu di hati
Biarkan selamanya ku begini

( ulang korus )

Sudah lumrahnya insan tak lepas kesilapan
Maafkan dosaku lupakan detik hitam
Sejarah yang berlalu jadikan perngajaran
Menuju bahagia idaman

Ukay's 'Pahit Kan Manis Akhirnya'




Puas aku mencuba menepis semua dugaan
Malah ada yang anggap aku lupa daratan
Peritnya aku lalui kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini ku tidak ketentuan

Wanita manakah sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku tapi hempedu bagimu
Terkadang harus terima suratan drnya
Tidak salah kalau kasih dibahagi seadilnya

( korus )
Telah... kufikir sedalamnya
Untuk membuat keputusan harus aku berterus terang
Jujur dalam perbuatan
Dan... jatuh airmataku
Mendengar pengakuan ikhlasmu
Sanggup berkongsikan dia walau hakikatnmya
Hatimu terluka...

Moga suatu hari sembuhlah luka
Dan kembali ceria walau hati aku ini
Milik engkau dan dia ( 2X )

Ukay's 'Siapa Yang Rampas Cintamu'




Harapan hatiku ingin hidup bahagia
Tetapi mengapa sering saja hati ini diluka
Baru ku cuba nak bercinta lalu engkau pun buat angkara
Mengapa mesti aku yang menjadi mangsa

Harapan untuk kekalan hanya tinggal igauan
Walaupun telah aku bertahan tapi apa kan daya
Retak akhirnya kasih kita tanpa ku tahu apa punca
Mudah benar kau mematah dahan asmara

( korus )
Sampai bila harus diri ku begini... oh kekasih
Sampai bila mesti kau dera hatiku
Dimanakah janjimu yang kau tabur dulu
Sebelum kuserahkan cinta
Betapa... hancurnya hatiku

Siapa yang ganggu hatimu
Siapa yang rampas cintamu
Katakan padaku biarlah jelas segalanya
Siapa yang sedang kau sayang
Siapa yang sedang kau buru
Berterus teranglah dari kau terus menyiksaku

Ukay's 'Kekasih Ku Di Menara'




Dingin sungguh malam ini
Dan sukar mata kulelapkan
Lalu kucuba coretkan
Secebis lembaran buatmu

Tidak terkira perutusan
Satu pun tiada balasan
Namun ku tak putus harapan
Walau hati ini sudah mula bergoyang

( korus )
Dapat ku bayangkan kau mula berubah
Bila di puncak menara gading
Sedangkan aku hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak seperti mu

Disebabkan itu kau mencipta jurang
Perhubungan kita mula menjadi renggang
Dan keangkuhanmu kini mula ketara
Memandang aku cuma sebelah mata

( ulang dari korus )

Dulu aku bagimu
Jambatan untuk kau ke seberang
Mudah sungguh kau lupakan
Semua jasa-jasaku
Semua pengorbananku untukmu
Semua jasa-jasaku
Semua pengorbananku untukmu

Ukay's 'Bila Diri Di Sayangi'





Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Data 'Permaisuri'



Lagu : Pemaisuri

Aku rela hidup dengan mu
Demi bahagia...
Hanya Tuhan bisa memisahkan kita

Di jaga dan lena kukuntum kerinduanku
Untuk mempersembah sayang padamu
Keharuman bunga tak seharumnya cintaku
Istimewa untuk sunting jiwamu

Bermula pandang pertama
Kau utuskan senyum mesra
Aku ingin seribu tahun lagi
Bersamamu...

Kubinakan mu istana
Aku rendakan bahagia
Dengan niat suci
Kaulah permaisuri

Sambutlah cinta abadi
Genggam dan semat di hati
Manisnya asmara
Kekal selamanya

Data 'Tunduk Mengalah'




Aku layarkan perkhabaran
Buatmu yang pernah kusayang
Bukan maksud hati mengulangi
Segala yang telah pun berlalu pergi
Bagiku yang sudah biarlah

Pergiku tunduk mengalah
Biarkan semalam menjadi sejarah
Yang manis kukenang berpanjangan
Pahit tak perlu usah disimpan
Biarkan berlalu, Impianku
Karam hanyut dibawa arus waktu

Oh... engkau yang tak pernah tahu
Betapa lukanya hatiku, diatas sikapmu dahulu
Membuatkan aku seperti tak wujud di sisi
oh... engkau tak pernah hargai
Susah payah kutempuhi
Pengorbanan demi pengorbanan terbakar sendirian
Ku umpama dian menyinari malam... kegelapan

Lalu ku undurkan diri kerna tak sanggup lagi
Melihat dirimu kasih telah ditawan oleh insan lain
Hingga kurasakan tersisih
Bukan kumenaruh dendam hiba atas segala duka dan lara
Malah kupercaya semua ini
Mungkin ada rahmat yang tersendiri

DATA 'Nyanyian Rindu Buat Kekasih'



Artis : Data

Tiada yang lain yang ku cinta
Hanyalah padamu
Tiada yang lain yang ku rindu
Hanyalah dirimu
Dikaulah permata yang bersinar
Di kala ku kesepian

Tiada yang lain yang kumahu
Hanyalah kasihmu
Tiada yang lain yang kupuja
Hanyalah dirimu
Tak mungkin aku berpaling
Berpaling mencari yang lain
Tak mungkin aku biarkan kau merana

Aku cinta kepadamu sepenuh hati
Janganlah kau ragu kasih
Ragu padaku
Sejujur niatku niat bersama
Selama-lamanya
Janganlah kau pergi kasih
Pergi dariku

Kunyanyikan lagu rindu
Buatmu kekasih
Ku baca puisi syahdu
Puisi kita...
Ku ingin kau di sampingku
Untuk sama-sama
Melayarkan bahtera cinta yang terbina
Oh! Kekasih... dengarkanlah
Bila aku tersiksa kaulah penawarnya
Bila kau terluka akulah penyembuhnya
Kita sama-sama sudah jatuh hati jatuh cinta...

Tiada yang lain yang ku cinta
Hanyalah padamu
Tiada yang lain yang ku rindu
Hanyalah dirimu
Dikaulah permata yang bersinar
Dikala ku kesepian

Tiada yang lain yang kumahu
Hanyalah kasihmu
Tiada yang lain yang kupuja
Hanyalah dirimu
Tak mungkin aku berpaling
Berpaling mencari yang lain
Tak mungkin aku biarkan kau merana...