Ku resah mencarimu dengan akal Dengan bersama sifat-sifat pinjaman Kau ku rasakan semakin menjauh Tersesatlah aku dalam rindu mu
Ku satukan firasat mencari mu Dan ku terlontar di penghujung alam Kau masih tidak dapat ku jejaki Betapa malangnya nasib ku
( korus ) Kerana mu ku tinggalkan segalanya Sendiri aku terpedaya Punya akal dan firasat yang tidak ke mana Hanya jalan yang sengsara
Zahir musnah bagi yang mimpi Zahir ada rahsia mencari Lalu ku selami di dalam diri Dibawa arus nafas ku Asal serah janji dahulu Mula hidup pasti mula cinta
Engkau kasih ada di sini Engkau kasih ada menanti Kau kasih aku jua kasih
Dengan bahasa kalimah yang sama Puji dan memuja Dilindung dan dibuka Rahsiakan tetap rahsia
Indah bukan rupa Harum bukan bunga Manis bukan gula Panas bukannya bara Cintakan tetap cinta Sejak aku kenali Cintamu yang suci Aku telah berjanji Tak berpaling lagi
Akan aku genggam api Hingga jadi besi Dan nyata sebati
Gelap bukan malam Terang bukan siang Satu tak terbilang Hanyut tak terenang Waktu tak terasa Rindu tak terkata Asyiknya cinta
Dan hanya kepadamu Kuserah jiwa ragaku Walau berjuta seteru Tak kuragu
Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia Biar rebah di hina kau tak berubah
Kau menguasai selautan Yang tersembunyi di genggaman Nafi dan isbat kau sandingkan Sebagai tali pegangan
Sufi kau hilang di pandangan Ada di dalam kenikmatan Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah Andai tertutup tirai sufi Yang terang tidak nampak terang Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan
Inginku tempuh titianmu Dari kekasih ke kekasih Pengabdianku bersamamu kasih Biar rebah di hina kau tak berubah