Monday, May 4, 2009

EYE 'Setelah Dirimu Ku Kenali'




Rintangan demi rintangan aku harungi
Sebelum bersua denganmu
Halangan demi halangan aku tempuhi
Sebelum mengenalimu

Setelah dirimu aku hampiri
Kini ku kenali siapa diriku
Kerana rindu aku jatuh cinta
Terasa bahangnya kian mula membara

Satu persatu kesilapan diri ini
Jadi senda gurauanmu
Aku keresahan menjejaki langkahmu
Mentafsir benakmu

Dan kepuraanmu semakin terasa
Bila kau nyatakan hasrat hatimu padaku
Disebaliknya lafaz kata janjimu itu
Kau serahkan kasih sayangmu

Buat insan yang lebih mengerti
Jika dibandingkan
Lebih dulu dari kekasihmu
Yang kau sanjung dan puja

Setelah dirimu aku hampiri
Kini ku kenali siapa diriku
Kerana rindu aku jatuh cinta
Walaupun kini disebaliknya

Lafaz kata-kata janjimu itu
Kau serahkan kasih sayangmu
Buat insan yang lebih mengerti
Jika hendak dibandingkan dengan dirinya

Satu persatu kesilapanku
Jadi senda gurauanmu
Aku keresahan menjejaki langkahmu
Mentafsir benakmu

No comments:

Post a Comment